PANDUAN QAWAID SPM 1 - Md. Zubir  Osman

Merupakan buku rujukan Bahasa Arab SPM yang pertama seumpamanya di Malaysia. Berpandukan sukatan pelajaran Qawaid SPM dan penerangan secara menyeluruh di dalam Bahasa Malaysia. Dilengkapi dengan rajah dan jadual , latihan-latihan yang efektif dan kertas model SPM beserta contoh jawapan.

KANDUNGAN

PANDUAN QAWAID SPM 2 - Md. Zubir Osman

Buku panduan ini merupakan sambungan dari Panduan Qawaid SPM 1 dan meliputi lebih daripada 25 tajuk perbincangan yang penting disusuli pula dengan contoh penggunaan ayat-ayat semasa. Kaya dengan perbendaharaan kata yang dapat membantu pelajar mengolah ayat mengikut penggunaan yang betul. Buku mengikuti sukatan pelajaran Qawaid SPM.

PANDUAN BALAGHAH SPM -  Md. Zubir  Osman

Sukatan baru Bahasa Arab SPM - Balaghah Bahasa Arab - diolah di dalam buku ini dengan pendekatan yang mudah difahami dan menarik. Sarat dengan contoh-contoh dari Al-Quran, Hadith dan syair-syair dari sasterawan Arab yang tersohor serta contoh-contoh yang mudah untuk memantapkan kefahaman.

HIMPUNAN CONTOH KARANGAN PMR &    HIMPUNAN CONTOH KARANGAN SPM,SMA,STPM & STAM - Haji Rosli Othman Al-Balfasi

Dua buah buku yang menghimpunkan contoh-contoh karangan merangkumi pelbagai jenis karangan dan surat berpandukan format dan gaya bahasa yang sesuai dengan peperiksaan PMR, SPM,STPM & STAM. Turut disertakan panduan mengarang secara ringkas sebagai panduan pelajar memulakan dan memperkembangkan tajuk dan isi karangan. Bagi mempertingkatkan penguasaan perbendaharaan kata pelajar, terjemahan kepada perkataan-perkataan sukar turut disediakan.

KAMUS JAMA' TAKSIR - Mat Idris Isa & Nurussaadah Mohd. Yasin

Kamus pertama seumpamanya di Malaysia. Kamusi ini mengandungi lebih daripada 2000 perkataan Jama' Taksir dan turut diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Di samping itu, perkataan 'mufrad' dan 'muthanna' bagi perkataan-perkataan Jama' tersebut turut disediakan. Dengan kamus ini, perkataan-perkataan Jama' yang sukar ditemui di dalam kamus biasa akan mudah ditemui.

SIRI KAMUS MINI AL-MADANI - Mat Idris Isa

Rangkaian empat buah kamus (Kamus Istilah-istilah Terpilih, Kamus 100 Tasybih dan Panduan Kata-kata Hikmah & Perumpamaan Bahasa Arab) yang membantu pelajar menambahkan perbendaharaan kata untuk tujuan pembacaan atau karangan. Ia juga dapat membantu persediaan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM/PMR.

Laman Utama | Penubuhan Syarikat | Senarai Buku Terbitan Kami
| Set Qamar  | Set Peperiksaan | Terbitan 2004 | Laman Web Pilihan | Hubungi Kami

Hubungi kami:

Phone: 03- 6185 5693 / 6186 5424
Fax: 03-6187 1053
Email: al-madani-@lycos.com