Make your own free website on Tripod.com

ASAS-ASAS PENTING BAHASA ARAB

Bagi para pelajar yang mula mempelajari Bahasa Arab, mereka perlu mengetahui dan memahami beberapa kaedah asas bahasa. Justeru itu, buku ini bertindak sebagai pembantu dengan membincangkan beberapa kaedah asas yang berkaitan dengan bentuk-bentuk perkataan serta maklumat-maklumat yang berkaitan.

KANDUNGAN

KAEDAH RINGKAS BAHASA ARAB

Bahasa Arab mempunyai kaedah khusus bagi membentuk perkataan dan kedudukannya dalam struktur ayat seperti Isim, Fi'il, 'Alamatul I'rab dan sebagainya. Buku ini dihasilkan dengan mengandungi maklumat yang berkaitan dan bertindak untuk membantu pelajar yang mengalami kekeliruan dengan struktur ayat dan baris.

PANDUAN MUDAH MERUJUK KAMUS ARAB

Dengan menggunakan formula terbaru, buku ini telah menyediakan jalan penyelesaian bagi mereka yang menghadapi masalah menggunakan kamus Bahasa Arab. Ia membantu mereka mencari kata dasar sebelum menggunakan kamus walaupun masih belum menguasai kaedah sorof.

SIRI KANCIL (4 BUAH)

Bagi menguasai Bahasa Arab dengan lebih berkesan, pelajar perlu membina dan memperkayakan diri dengan perbendaharaan kata baru. Untuk itu, buku-buku ini mempersembahkan cerita teladan Kancil sebagai bahan bacaan ringan di samping menyediakan makna dan latihan untuk pelajar menguasai perkataan-perkataan dan struktur ayat.

Set QAMAR ini disusun oleh Ustaz Lutfi B. Hassan, bekas pensyarah di Pusat Bahasa, Pusat Matrikulasi UIA dan kini bertugas sepenuh masa sebagai jururunding/motivator Pintar-Arab Al-Madani.

Laman Utama | Penubuhan Syarikat | Senarai Buku Terbitan Kami
| Set Qamar  | Set Peperiksaan | Terbitan 2004 | Laman Web Pilihan | Hubungi Kami

Hubungi kami:

Phone: 03- 6185 5693 / 6186 5424
Fax: 03-6187 1053
Email: al-madani-@lycos.com